Refleksi

                     Sepanjang saya menyiapkan semua kerja dan projek yang telah diberikan dalam subjek KOQ1051 ini, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang boleh saya manfaatkan dalam kehidupan harian saya sebagai seorang individu dan pelajar siswi. Antara ilmu pengetahuan yang dapat saya ketahui iaitu pada projek pertama saya, iaitu poster Kempen Derma Darah. Melalui maklumat yang telah saya cari untuk topik tersebut, saya dapat mengetahui kriteria-kriteria yang diperlukan sebelum menderma darah dan betapa berharganya satu beg darah dapat menyelamatkan ramai orang sakit. Melalui projek kedua saya, iaitu  juga dapat mengetahui cara yang betul untuk menguruskan Stress.

                 Seterusnya, melalui projek Aerodance, saya dan rakan-rakan saya dapat mengetahui nilai semangat berpasukan dan menepati masa. Projek ini juga membuatkan kami lebih cergas badan dan peka dengan music.

              Kesimpulannya, setiap projek yang diberikan dalam subjek ini telah mendidik saya untuk lebih berdisiplin dalam setiap aspek. 

Comments